Click here to get more from MasterGreetings.com

Jawapan Modul Science SPM

pelajar-pelajar disayangi sekalian, anda bolehlah mendapatkan jawapan modul sains spm di box sebelah. sekiranya menghadapi masalah untuk download bolehlah berjumpa cikgu...rajin-rajinlah membuat latihan.

Pengumuman....

Pada 14 hb april, pegawai-pegawai JPNJ akan datang ke sekolah kita. Pastikan guru-guru sains menyiapkan headcount pelajar di buku rekod mengajar. Buku latihan dan nota diperiksa dan sila tampal headcount pelajar di buku latihan mereka.

Bengkel Penyediaan Soalan Sains Berasaskan JSI

Semua guru sains akan menghadiri bengkel penyediaan soalan sains berdasarkan jadual spesifikasi item JSI yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang telah menghadiri program tersebut iaitu en syahrul dan cik rose affiza. Kepada guru tersebut sila maklumkan kepada saya tarikh dan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.

PEKA SAINS PMR

Guru-guru bolehlah download item-item PEKA Sains PMR yang diperlukan....semuanya ada di box sebelah

Guru-guru dan pelajar-pelajar SPM

Kepada guru-guru yang mengajar tingkatan 4 dan 5 serta para pelajar bolehlah muat turun soalan-soalan latih tubi pada 'box' di sebelah....

Pemantauan P&P

Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Ketua Panitia Sains akan memantau proses p&p guru-guru sains selepas cuti tahun baru cina ini. Diharap guru-guru dapat membuat persediaan secukupnya.

Perhatian Untuk Guru-guru Sains

Pastikan anda telah menerima surat lantikan pentaksir PEKA...sekiranya belum sila rujuk perkara ini di pejabat. Disamping itu pastikan Fail-fail PEKA pelajar sudah dikemaskini.

Selamat Manyambut Tahun Baru Cina

Panitia Sains SMKBJ mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina kepada semua guru-guru Smk Banang Jaya terutamanya kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik, Cik Eng Yu Moi...semoga tahun harimau membawa kebahagiaan yang berpanjangan kepada mereka semua....

Hari Pertama Penghasilan Blog Panitia Sains

Alhamdullillah Panitia Sains SMK Banang Jaya telah maju setapak lagi dalam menghasilkan blognya sendiri. Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memantapkan urusan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains.....